Translation: Lant Pritchett membincangkan cabaran dalam pembaharuan sistem pendidikan

Terjemahan daripada Lant Pritchett, December 2015, “Creating Education Systems Coherent for Learning Outcomes: Making the Transition from Schooling to Learning”, RISE Working Paper, m/s 7–8. Dalam petikan ini, Pritchett membincangkan cabaran dalam pembaharuan sistem pendidikan, dan betapa pentingnya kesepaduan sistem. Tema lain dalam kertas kerjanya ini termasuk beza antara persekolahan (schooling) dan pembelajaran (learning). Cadangan dan pembetulan bahasa dialu-alukan.

Inilah soalan yang sukar dijawab: “Terdapat sebilangan negara yang telah berusaha selama 50–60 tahun untuk meluaskan pendidikan sekolah rendah kepada semua, tetapi keberhasilan pendidikannya terlalu rendah. Bagaimanakah keadaan menjadi begitu teruk?”

Lebih mencabar lagi, semua jawapan yang mudah kepada soalan sukar “Bagaimanakah keadaan menjadi begitu teruk?” ini tidak dapat menjadi penjelasan umum. Hampir semua teori tentang unsur utama dalam penambahbaikan sekolah telahpun disangkal oleh bukti tentang pembelajaran di tempat lain. (Sudah tentu, kebanyakan teori ini juga terbukti dampaknya di tempat-tempat tertentu, dan teori-teori ini juga mewakili ciri-ciri sistem pendidikan yang berprestasi tinggi.) Yakni, jika si pemerhati mendapati bahawa pembelajaran di sesuatu tempat terlalu teruk, dan pelajar di situ tiada buku teks, jawapan yang mudah ialah: “Pembelajaran tidak berjaya kerana murid tiada buku teks.” Namun, sekiranya kajian menunjukkan bahawa membekalkan buku teks di suatu tempat yang lain tidak dapat meningkatkan tahap pembelajaran yang teruk di sana, maka jawapan mudah ini ternyatalah bukan jawapan yang dapat dipakai umum. Penaakulan yang sama, berdasarkan kajian pro dan kajian kontra, juga menyangkal teori-teori lain, sama ada tentang meningkatan gaji guru, mengurangkan bilangan pelajar dalam kelas, mengetatkan syarat untuk pentauliahan guru, menambahkan geran pembiayaan pendidikan, dan sebagainya. Faktor-faktor ini (saiz kelas, buku teks, gaji guru, dsb) memang terbukti kepentingannya dalam sesetengah sistem lain, terutamanya sistem yang sudah mantap. Meskipun begitu, ini tidak bermaksud bahawa kekurangan faktor-faktor tersebut dapat memberi penjelasan lengkap tentang punca prestasi rendah di sesebuah negara.

Biar kita ambil kereta sebagai perbandingan. Berdasarkan bukti empirik yang kukuh, kita semua memahami bahawa sebuah kereta dapat bergerak lebih jauh apabila diisi dengan lebih banyak minyak. Ini memang benar untuk kereta yang berfungsi. Namun begitu, jika sistem gear kereta saya telah rosak, mengisi minyak tidak akan menambahkan jarak yang dilalui—walaupun motornya mungkin berjalan lebih lama. Sekiranya unsur-unsur sesuatu sistem tidak membentuk satu keseluruhan yang bersepadu dan berfungsi, adalah mustahil untuk meramal kesan daripada penambahan salah satu unsurnya.

Secara tentatif, jawapan (panjang) kepada soalan sukar tadi, “Bagaimanakah keadaan menjadi begitu teruk?” ialah: “Sistem pendidikan yang dibina di banyak negara, biasanya melalui kerajaan, tidak direka sebagai (atau tidak berkembang menjadi) sistem yang bersepadu ke arah keberhasilan pembelajaran yang tinggi untuk semua.” Sistem-sistem ini mempunyai sasaran utama yang lain, seperti perluasan akses kepada pendidkan. Kerap kali, sebahagian daripada mereka yang menganggotai sistem tersebut memang mengharapkan keberhasilan pembelajaran yang tinggi, tetapi sistem secara keseluruhan tidak pernah koheren untuk pembelajaran.


[original text]

The hard question is: “How is it that some countries are 50-60 years into pursuing universal primary education as a goal, yet have learning outcomes that are so awful?”

Worse, all the easy answers to the hard question of “How can it be this bad?” are ruled out as general explanations. Pretty much everything everyone believes is the key element of better schools has, by now, been rigorously disproved to have an impact on student learning somewhere. Of course, many of these same notions have also been rigorously proven to have an impact on student learning somewhere else, and are characteristics of well-performing education systems. That is, if one observed that learning outcomes of students were awful and that they lacked textbooks, then the easy answer suggests itself: “Learning is bad because kids lack textbooks.” But if studies show that, in places where learning outcomes are bad, adding textbooks doesn’t make things better, this obviously cannot be the answer as to why things are so bad. The same logic applies to better teacher pay, small class sizes, teachers with more formal qualifications, larger block grants, etc. Even if it is the case that these same factors (class size, textbooks, teacher pay, and so on) are proven to matter in some, often well-functioning, systems, this doesn’t mean the causal explanation of poor performance in a given country or region is a lack of these proximate determinants or simple policy elements.

An analogy is a car. We all have the empirically well-honed intuition that a car can go further with more gas than with less gas. This is because for cars that work, it is true. But if I have a car whose transmission has failed then adding more gas will not add to miles travelled—even if it allows the motor to run for longer.

If the system does not add up to a functional whole, the causal impact of augmenting individual elements is completely unpredictable.

The tentative (long) answer to the hard question “How can it be so bad?” is: “Systems of  education were built up in many countries, primarily within governments, that were never actually designed (or emerged) as systems coherent to the purpose of producing uniformly high learning outcomes.” These systems had other, often desirable, objectives, like expansion of access. They often had learning as one objective of at least some actors in the system, but the system was never coherent for learning.

—Lant Pritchett, December 2015, Creating Education Systems Coherent for Learning Outcomes: Making the Transition from Schooling to Learning”, RISE Working Paper, p. 7–8. See also the many other working papers from RISE (Research on Improving Systems of Education).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s